Permainan Kan-Cheong Kitchen

Dalam setiap episod ada dua pasangan yang berentap sesama sendiri, dan setiap pasangan ini terdiri daripada seorang yang pandai memasak dan seorang lagi tidak pandai memasak (atau sekurang-kurangnya tidak pandai memasak masakan yang dikehendaki). Hanya peserta yang tidak pandai memasak ini boleh menyentuh ramuan dan alat masak dan memasak dalam permainan ini berpandukan arahan yang dijeritkan rakannya.

Yang betul-betul menyusahkan, pemain yang pandai masak perlu dijauhkan dari rakannya dan diletakkan di satu ruang yang dilengkapi monitor untuk memantau gerak-geri rakannya dari jauh (kamera kecil disematkan pada dahi pemain yang memasak) sambil memekik arahan kepada rakannya.

Terdapat tiga peringkat dalam permainan ini:

I. Penyediaan ramuanPara peserta yang memasak perlu menyediakan ramuan yang diperlukan dalam masa 30 saat atas arahan rakan masing-masing dari jauh. Selepas itu, mereka hanya boleh menggunakan ramuan yang sempat disediakan mereka tanpa mengira sama ada tepat atau tidak. Contohnya, char hor fun memerlukan bahan mi, tetapi jika lupa hendak keluarkan mi maka terpaksalah memasak tanpa mi, maka cacatlah masakannya.[2]II. "Kan-Cheong Cookout"Di peringkat yang paling riuh-rendah ini berlangsungya pertandingan memasak yang sebenar, dan para peserta yang memasak diberi 30 minit untuk menyiapkan masakan mengikut arahan rakan masing-masing. Apa yang menyusahkan lagi ialah peserta yang memasak itu kerap diganggu celahan dan leteran pengacara.III. PenilaianTiga orang pengkritik (terdiri daripada tukang masak, dan selebriti yang tidak terkenal kerana bakat memasak) menilai hasil masakan kedua-dua pasangan berpandukan dua kriteria, iaitu persembahan (presentation) dan rasa (taste). Pasangan yang memperoleh mata yang lebih dikira pemenang. Jika markahnya seri, maka para pengkritik membincangkan siapa patut menang dengan memberi pemakanan pada rasa.

Pemenang mingguan meraih hadiah tunai RM 1,000.